Samy Bocor Rahsia UMNO diperalat Cukong Cina MCA!!

Monday, June 7, 2010

Ini adalah liputan khas dari blog gerakan anti samy terhadap kenyataanya yang membuka mata ramai pihak terutama MELAYU!!

Dua hari lepas semasa aku menerima satu berita dan headline ni, masa tu aku tak berapa faham sangat, tapi lepas aku tanya banyak kali last-last aku faham jugak.

Sebenarnya pada hari itu, Samy Velu telah membuat satu kenyataan untuk condemn MCA dengan UMNO. AyyyyooooOO! aku pun mula-mula tak percaya sama ini berita, tapi ini kisah betul2...

Samy telah membuat kenyataan bahawa sebenarnya MCA adalah dalang dan UMNO ini diperalatkan oleh Cukong-cukong MCA. Apa pasal Samy cakap ini macam??

Samy lu pun tarak suka sama itu MCA ka??

Nampaknya Barisan Nasional dah kelam kabut dah sekarang ni dah jadi macam tongkang pecah dah ni. UMNO suruh Samy turun, die tak nak turun, last-last MIC pulak nak melagakan UMNO dan MCA.

Aku dah nampak dah laluan Pakatan Rakyat PRU13 nanti!! huhuhuhuhu!!! JAHANAM BN!!

Read more...

DAULAT TUANKU!!!

Friday, June 4, 2010



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47

Semoga Allah Melanjutkan Usia DYMM Tuanku

AMPUN TUANKU BERIBU AMPUN , SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

PATIK AKAN TERUS MENULIS DEMI KESEJAGATAN RAKYAT MALAYSIA DAN DEMI KEADILAN TUANKU.

DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU !

Read more...

Samy! Kau dengar sini baik-baik!

Thursday, June 3, 2010

Deyyy!! thambichikk!!
Kau degar sini baik-baik da.. Itu orang-orang UMNO sudah kasi upah sama GAS untuk kasi lu turun....

Apa macam mereka mau kasi U turun, itu sebab U suda naik kepala... Semua orang tadak suka sama U lagi.. Kenapa mesti U duduk lagi kalau orang semua sudah tadak suka sama U??

Ini UMNO banyak jahat jugak... mereka kasi hantar worang suruh jatuhkan U.. U sama-sama susa dengan itu pemimpin UMNO dulu..sekaran mereka suda mau kasi jatuh sama U apa macam cerita ini Samy??

U had your time back then.. now give for new faces to rise...

Tapi I betul2 kesal sama itu UMNO la Samy.. Mereka ini banyak jahat woo! Sampai tubuhkan satu gerakkan untuk jatuhkan U my friend....

Tapi apa-apa pun.. U turun dulu.. lepas tu kita ramai-ramai turunkan itu Najib dengan UMNO... ok my friend???

Read more...

Letak La Jawatan Kau tu Samy!!



Mengambil kira pelantikan Timbalan Presiden MIC, Datuk G.Palanivel ke dalam Kabinet seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Selasa, Datuk Seri S.Samy Vellu sepatutnya sudah boleh memikirkan untuk memenuhi desakan memintanya melepaskan kerusi presiden MIC.

Walaupun hanya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, harapan Samy Vellu melihat bakal penggantinya berada dalam Kabinet dengan alasan dapat menguatkan parti sudah tercapai.

Palanivel bernasib baik berbanding presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang tidak mahu menerima apa-apa jawatan kerajaan selepas memenangi kerusi itu menewaskan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Najib sudah banyak berlembut dengan Samy Vellu dan bekas menteri Kerja Raya itu wajar membalas kebaikan itu dengan merungkai permasalahan parti apabila ramai pemimpin dan ahli-ahli memintanya berundur lebih awal bukannya September tahun depan.

Samy Vellu harus ingat bagaimana Najib selaku Pengerusi BN mengembalikan kerusi parlimen Hulu Selangor kepada MIC walaupun timbul desakan kuat kalangan pemimpin dan ahli UMNO menuntut semula kerusi itu ketika pilihanraya kecil kawasan itu, akhir bulan April.

Bukan sahaja dapat kerusi malah Najib juga bersetuju dengan permintaan Samy Vellu supaya memilih P.Kamalanathan sebagai calon walaupun nama bekas timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan dikatakan lebih menarik perhatian BN.

Perdana Menteri sekali lagi akur dengan presiden MIC itu apabila melantik Palanivel sebagai Senator dan terbaru sebagai timbalan menteri dalam rombakan semalam.

Mengambil kira semua ini, semu impian Samy Vellu sudah tercapai tetapi apakah beliau masih tidak berpuashati lagi dan mahu kekal sebagai presiden parti sedangkan desakan mintanya berundur lebih awal begitu kuat termasuk dari mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau harus ingat, Gerakan Anti Samy Velu (GAS) yang digerakkan Mugilan belum terhenti sebaliknya akan mengumpul 500,000 tandatangan mendesak Samy Vellu berundur.

Percayalah sehingga September tahun depan, macam-macam perkara dalaman MIC akan terus jadi bebanan kepada BN dan Najib jika Samy Vellu masih kekal.

Samy Vellu juga harus tahu, menjelang tempoh pilihanraya umum ke 13, parti komponen BN perlu memperkukuhkan parti dan jentera parti bagi memastikan BN menang selesa selepas hilang majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum lalu.

Jika Samy Vellu tetap berundur mengikut cadangannya, apakah Palanivel yang akan memangku jawatan Presiden mempunyai masa yang cukup untuk mempunyai pengaruh yang cukup kuat dikalangan pemimpin dan anggota parti?

Sebenarnya, inilah masa terbaik Samy Vellu berundur supaya Palavinel dapat menguruskan MIC mengikut acuannya.

Palanivel juga boleh merapatkan kembali kepimpinan dalam MIC dengan menerima semula pemimpin dan ahli yang dipecat oleh Samy Vellu.

Lainlah kalau Samy Vellu mahu kekal sehingga September tahun depan kerana beliau tidak percaya kemampuan Palanivel menerajui MIC atau mahu menentukan calon-calon MIC pada pilihanraya umum kelak atau pemilihan parti itu.

Samy Vellu harus ingat, jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.

Read more...


Ini Barua GAS

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP